Monday, June 13, 2011

Tingkahlaku lisan VS Tingkahlaku bukan lisan (Verbal and non verbal behaviour) Dilema si pengkritik dengan si senyap. ......

Komunikasi merupakan...
1. Wilson (1979) : berlaku apabila tingkah laku seorang individu (penghantar) mempengaruhi tingkah laku    orang lain (penerima).  
2. Weiner, Devoe, Rubinow, dan Geller (1972) mentakrifkan komunikasi sebagai semestinya melibatkan simbol sistem sosial yang dikongsi.

ANDA MAHU PEMAHAMAN YANG MUDAH? Sila baca kenyataan di bawah..


Dalam situasi sosial, perkara di bawah sering berlaku dalam komunikasi harian kita.
Di bawah merupakan monolog (perbualan dalam hati) Qistina yang bersonaliti introvert (pendiam dan pasif) di dalam bilik kuliah di universiti.                                                                                                                       

1. ..saya ni tak banyak cakap, kalau org kata ok, saya ok...org kata tak ok, saya accept je..
2. ..saya sebenarnya tak suka cakap banyak... kat kelas pun saya senyap je. klu diaorang nak cakap banyak2, ikut suka diaoranglah..
3. ..saya rasa cakap banyak menunjukkan kelemahan orang tu..
4...dia terlalu menunjukkan pendirian dia, macam dia bagus sangat dalam banyak hal...bg saya, tak payah la nak cakap byk..malas nak dengar.
5. ..kadang2, org cakap byk xsemestinya teror, orang yang senyap tu teror sbnrnya....korang je tak tahu..
6. ..kitaorang yang senyap ni, jenis tak tunjuk.. dia teror sebab dia pandai cakap...
7. ..senyap tu lbh elok, klu cakap byk, nnti ada yang tersinggung...

Nampak seperti semua item di atas 'mengutuk' orang yg banyak cakap..... Mungkin banyak cakap akan menyakitkan hati orang lain... macam tu baik senyap je.. tak payah buat apa2, so tak menyakitkan hati sapa2...OK!


Hey........tunggu! CUBA FIKIRKAN :

Percakapan itu 'verbal' kan?
...dan senyap itu 'non verbal' kan?
so, bukankah verbal dan non-verbal itu suatu tingkah laku?
dan apa jua tingkah laku boleh meninggalkan kesan di hati pemerhati atau pihak yang ditujukan...walaupun TAK BERCAKAP..........then, hahaha!!

KOMEN UTK SI QISTINA atau individu sewaktu dengannya..
-tgk item no.1, ok, kalau betul kita accept je apa yg orang tak setuju, kenapa kita buat muka tak puas hati?
-tgk item 2, kata 'ikut suka diaoranglah.....' so, apasal buat muka borinnggg..
-tgk item 3, hah..siap judge orang ni...macam bias je?..(lepas ni mesti dia cerita pendapat dia tu kat orang lain, hehehe)
-tgk item 4, yang ni confirm jeling kat kawan dia yg len, yg style senyap mcm dia,(bg signal la katakan...)
-tgk item 5, fuyoooo, kalau yg ni ada dlm hati kita, patutlah kita tak nak dengar teguran atau komen orang, walaupun ia baik utk kita....
-tgk item 6,patutlah tak boleh maju, kita selalu ingat kita ni jauh lebih baik dari orang lain..(tp betul ke, macam helah bela diri je?)
-tgk item 7,memang boleh senyap, tp kadang2, buat muka sinis, bahasa sinis dan ayat sinis...sebab kes 'tak sampai hati cakap terus terang...last sekali terumpat pulak kat blkg org ckp bnyk tu..alahai...

Jadi, apakah perbezaan sebenar antara cakap dan senyap, atau verbal dan non-verbal......
bukankah kedua-duanya sama.....

Namun, kesederhanaan dengan mengimbangi kedua2nya itu mungkin lebih SWEET macam jagung manis...
>>lebih ironinya, apabila ada yang menganggap orang cakap banyak ni suka mengkritik, tp hakikatnya senyap membuatkan kita mengkritik sekuat-kuatnya di dalam hati...(ada beza ka tu)
terima kasih. minta maaf..:) ibarat tag line pengacara maharaja lawak, AC mizal, "peace yeo"

No comments:

Post a Comment