Tuesday, November 23, 2010

Di meja peperiksaan, anda yang bagaimana?




Mendapat 5A dalam UPSR=cerdik                                                                                                           
Mendapat 1A dalam UPSR=tidak cerdik

Situasi di universiti juga merupakan salah satu contoh yang tepat untuk isu ini. Pernahkah anda berusaha bertungkus lumus menjawab soalan berhelai-helai kertas, dan akhirnya keputusan anda tidaklah sehebat yang dsangkakan. berbeza pula dengan rakan kita yang menjawab dengan hanya beberapa helai kertas, namun berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kenapa ya?

Saya ingin memberi cadangan kepada anda, untuk benar-benar cemerlang, apa kata anda menghafal ayat-ayat dan bait-bait kata yang terdapat pada nota anda, dan apabila anda menjawab soalan, anda jawab dengan cara yang setepat seperti dinyatakan di dalam nota anda. Lihat hasilnya, pasti cemerlang. Namun, sebenarnya, akibat terlalu memikirkan dan menjangka jawapan yang tepat untuk suatu peperiksaan, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti akan terjadi kepada para pelajar sekolah atau universiti ini iaitu;

1.kurang daya keyakinan dalam melakukan sesuatu
2.besikap ragu-ragu dalam membuat keputusan
3.kebergantungan pada sesuatu sumber sahaja,
4.malas berfikir dan meneroka
5.kecenderungan meniru yang tinggi dalam peperiksaan.(kerana mahu jawapan yang tepat dan jalan singkat)
6.pencapaian jangka pendek.(setakat cemerlang di dalam persekolahan, tetapi tidak mahir aplikasi di situasi sebenar dalam pekerjaan)
7.setting belajar hanya untuk A.

Tetapi, "saya menjawab soalan berdasarkan pemahaman saya, malah saya juga mempunyai pendapat yang khusus tentang isu itu." Confirm! anda bakal gagal.. Kenapa ya?

Jadi, apakah yang kita mahu dan jangkakan daripada para pelajar? Adakah kita berharap para pelajar dapat mengasah ingatan yang tajam, atau...para pelajar dapat memahami pelajaran mereka, malah dapat berfikir lebih kreatif dan kritis untuk melihat perkara itu dalam perspektif yang lebih mencabar dan terbuka. Misalnya, 1+1=2, atau... 1+1=11

Okey, persoalan-persoalan itu mungkin dapat dijawab oleh anda sendiri setelah membaca kenyataan-kenyataan berikutnya.

Baru-baru ini saya ada mendengar suatu program rancangan televisyen yang ke udara di tv1. Ia berkaitan dengan perspektif kecerdikan yang 'common' bagi semua orang. Sememangnya, yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan akan dikatakan cerdik, manakala yang kurang cemerlang dikatakan bodoh. Haha, biasanya kebanyakan orang berpandangan begitu.

Namun, menurut pakar motivasi di dalam rancangan tersebut, kecerdikan juga merupakan suatu perkara yang subjektif. Malah, kebanyakan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan bertulis seperti UPSR, PMR dan SPM sebenarnya bukanlah terlalu cerdik, tetapi mereka menguasai teknik menjawab soalan dengan baik. Hal ini bertentangan dengan pelajar yang kurang berjaya dalam peperiksaan, malah mempamerkan keputusan yang agak lemah di dalam pelajaran, namun dalam kalangan mereka ini merupakan tokoh-tokoh ilmuan dan saintis. Misalnya, Albert Einstein iaitu seorang ahli falsafah dalam bidang fizik dan matematik. Asalnya, beliau seorang yang mempunyai hobi membuat model dan alat-alat mekanikal serta pernah digelar sebagai pelajar yang lemah dan lambat memahami pelajaran kemungkinan disebabkan sifat pemalu yang beliau miliki. Namun, dia mula mempelajari matematik ketika umurnya 12 tahun. Kemudian, teori beliau diterima dan digunapakai dalam kehidupan kita hari ini.

Tidak dinafikan bahawa peperiksaan yang dilalui oleh seseorang pelajar adalah bertujuan untuk menguji pemahaman dan penguasaan pelajar tersebut dalam pelajaran yang telah diajar. Konsep ini benar, namun jika diteliti, kaedah pengukurannya agak terhad dan masih banyak yang boleh diragui. Misalnya, dalam pengiraan pemarkahan, para guru telah disediakan dengan skema jawapan yang tertentu yang terhad kepada satu jawapan atau memberi pilihan jawapan yang terhad dan meminta pelajar memilih yang mana benar. Namun, sedarkah kita, konsep ini mampu menyempitkan pemikiran para pelajar dan mereka tidak didorong oleh pemikiran yang lebih kreatif. Contohnya, terdapat banyak punca yang signifikan terhadap kejatuhan kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu, namun, jika pelajar menjawab jawapan yang tidak sama dengan skema jawapan yang ada pada pemeriksa, maka pelajar itu kehilangan markah. Perkara ini pernah diperbincangkan oleh pakar sejarah di dalam sebuah program ilmiah di tv1. Senario ini sangat bertentangan dengan kualiti keunggulan yang ada pada setiap individu.

Sekarang, mari kita kukuhkan pemahaman idea kecerdikan manusia ini melalui Teori Kecerdasan Dr.
Gardner. Beliau telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. Linguistic intelligence ("word smart"):  
  2. Logical-mathematical intelligence("number/reasoning smart")
  3. Spatial intelligence ("picture smart")
  4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")
  5. Musical intelligence ("music smart")
  6. Interpersonal intelligence ("people smart")
  7. Intrapersonal intelligence ("self smart")
  8. Naturalist intelligence ("nature smart")
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
  3. GAMBAR (spatial intelligence)
  4. MUZIK (musical intelligence)
  5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
  6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
  7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
  8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
Maka, kemungkinan hari ini, sebagai ibu bapa terutamanya, kita boleh menukar persepsi kecerdikan kita yang agak jumud sebelum ini iaitu "cerdik hanya di atas meja peperiksaan" sedangkan terdapat beberapa kebolehan pelbagai dalam diri manusia yang melayakkan mereka dikatakan 'cerdik'. Bak kata orang tua-tua, "ish, cerdik la budak ni...cakap pandai". Hahaha, kadangkala orang terdahulu lebih cerdik dari kita generasi moden ini. Wallahu'alam..

You are welcome to leave your comment on purpose to respon and improve this blog..thanks ya~

Let it happen to us..because we are "rational-aware" creatures

Assalamualaikum..
Selama ini, kita terlalu risau, takut, serba salah dan menyesal...hakikatnya, apa yang telah berlaku dalam diri kita adalah takdir, yang mustahil untuk kita berpatah balik, biasanya meratap dan menyesali..namun jarang pula belajar dan memperbaikinya.. Kita tahu apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini. Kita sedar siapa diri kita dan kita tahu pengakhiran matlamat kita..malah, kita tahu siapa diri kita..

Sebenarnya, apa yang ada pada diri manusia itu cukup sempurna... Cuma, kita keliru. Keliru dengan kehendak dan matlamat diri. Benarkah? Atau mustahil....Kerana kita keliru disebabkan kemungkinan besar kita tidak tahu membezakan antara keperluan dan kehendak.. Namun, takkan tak tahu membezakan antara kedua-duanya? Oh...Sebenarnya, kita cuba menyembunyikan hakikat. Hakikat bahawa kita perlu, tapi kita mengetepikannya..dan kita hendak, kita menonjolkannya...maka, tersembunyilah keperluan itu, dan kita telah melupakannya.. Kurang jelas? kita ihat suatu perspektif.

Pernahkah anda kecewa kerana gagal dalam bercinta? Seterusnya, anda mengalami kebuntuan dan seolah-olah tidak dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan sempurna.semangat anda hilang, motivasi diri jatuh ke tahap 2%? Jiwa terasa kosong sekali, sunyi dan apabila anda bangkit dari tidur, terasa dunia anda gelap walaupun di siang hari. Mengapa ya? Kerana anda meletakkan cinta pasangan anda sebagai suatu yang perlu. Oh, pasti anda tidak berpuas hati kerana manusia perlu menyintai dan dicintai. Benar? Okey, jika begitu, susunlah keperluan anda, di mana...cinta yang pertama harus kepada Tuhan, yang kedua kepada ibu bapa dan ketiga mungkin untuk pasangan anda itu. Mudahkan? Atau...ia masih kurang berkesan? Okey, sila susun semula keperluan-keperluan yang sememangnya PERLU dalam kehidupan ini. Sekarang, anda meletakkan keperluan ketiga adalah pelajaran dan keempat adalah kerjaya. Akhirnya, cinta si dia menjadi tempat yang ke lima... Oh, terasa banyak sekali keperluan yang perlu difokuskan dahulu sebelum anda sampai kepada keperluan yang ke lima. Semakin mudahkan? Jadi, perlahan-lahan anda menjadi tenang, malah semakin RASIONAL terhadap keperluan-keperluan anda. Sekarang, kita lihat susunan tadi dalam bentuk yang jelas.

1. Cinta kepada Allah
2. Cinta kepada ibu bapa
3. Cinta kepada pendidikan
4. Cinta kepada kerjaya
5. Cinta kepada si dia...

Sidang pembaca, kita rangkulkan keperluan dan kehendak supaya ia menjadi suatu medan yang kukuh untuk pencapaian matlamat hidup kita, di mana....yang 'perlu' diutamakan, dan yang 'dikehendaki' menyusulinya. INGAT, anda RASIONAL terhadap apa yang perlu dalam kehidupan ini, jadi... JANGAN manipulasikannya..   

"Every human has four endowments- self awareness, conscience, independent will and creative imagination. These give us the ultimate human freedom... The power to choose, to respond, to
change."

Leave your comment, kerana anda mempunyai 'hati+buah fikiran' yang very unic n intelligent! Thanks ya~